BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 22, 2012

Sabar itu separuh daripada iman :'>

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia. Smileee ^^
Alhamdulillah harini sudah hari ke-2 umat Islam di Malaysia yang mengamalkan Mazhab Syafie berpuasa. Mazhab lain mungkin awal sehari-dua? Apa pun, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan juga Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa makna yang cukup besar daripada Ramadhan sebelumnya. Amin (:
    Di bulan yang mulia ini, terkadang Allah S.W.T ingin sekali menguji hamba-Nya dengan memberi kesulitan menempuhi urusan duniawi. Kita sebagai hamba-Nya haruslah menanamkan sifat sabar dan hadapi segalanya dengan tenang. Kerana segala yang tidak sabar dan kelam-kabut itu adalah sifat Iblis Laknatullah. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan yang direjam.. Peliharalah aku dari segala sifat-sifat buruk.. Ya Rabbal Alamin, aku memohon, kuatkanlah hatiku untuk mengharungi ujian dan dugaan dari-Mu dengan penuh rasa sabar dan tabah.. Anugerahkanlah pahala yang telah Engkau janjikan.. Sesungguhnya Engkau benar-benar tidak memungkiri janji."

Subhanallah. Betapa kerdilnya kita disisi Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. Dengan izin Dia lah semua ini terjadi dan kepada Dia lah tempat kita meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan lah hatiku pada agama-Mu. Kuatkan lah hatiku untuk terus sabar dan bersabar.. Bukan senang kan, nak menilai diri sendiri. Terkadang tu rasa macam orang lain lebih kenal diri kita daripada kita kenal diri sendiri. Dah puas aku menatap dan mencari dimana salahnya dalam persahabatan ni. Tercalar kerana hadirnya seorang lelaki. Apakah maksud semua ini, Ya Allah? Ujian? Balasan? Ataupun hikmah disebalik kejadian yang Engkau turunkan? Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Dah jenuh juga aku mengingati mengapa semua ini terjadi. Lelah juga rasa hati mengenangkan semua ini. Pedih dan sakit. Jika semua sahabatku lari kerana perubahan diriku, jika masalah selalu menghimpit hati ini, jika aku berasa diriku keseorangan dan kesunyian, jika aku merasa tiada seorang pun yang dapat memahami diriku, jika aku rasa lemah tanpa sokongan, tidak mengapa, kerana aku masih dan sentiasa ada Allah S.W.T bersamaku (:



Apa yang aku cari? Mencari kebenaran. Kebenaran yang menyakitkan. Menyakitkan hati dan perasaanku. Ya Allah, betapa lemah diriku ini...
Betul, aku mencari kebenaran. Aku taktahu dari siapa semua ni mula, and yes if from me, i'm so sorry. Harap semua dapat pulih macam dulu.. insyaALLAH kalau Dia benarkan :'|