BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 29, 2012

17 tahun 5 bulan :)

Assalamualaikum. Olla bloggers. Hai friends. Hello readers. Peace haters. Love Mr. Perfect. Hihi :3  
Haaa, sudah 4 bulan dan sampai sekarang alhamdulillah dah boleh tanggalkan sedikit perasaan aku kat dia. Bukan senang tau nak lupakan orang yang kita betul-betul sayang. Patutnya dah boleh berbangga, ceh! Hahaha. Terasa macam baru sebulan yang lepas zaman kawan-kawan dulu. Dan bila cinta...  Muahahaha Kdiam. Alhamdulillah jugak sebab sampai ke hari ini aku still bernafas dan genap umur aku 17 tahun 5 bulan. Muda lagi k?



Fuhh, masih terasa kepenatan semalam yang dari pagi sampai ke petang tapi nasibku baik, tak bersambung sampai ke malam. Full diary. Kursus Kepimpinan (6 a.m - 3 p.m) lepastu sambung latihan rumah sukan (3 p.m - 5 p.m) so malam tu bolehlah restt. Mujur lah 'Cik Peah' belum habis. Tu yang bedal pukul 8 dah tido. Penat gila. Tapi yang pasti kursus tak best langsung! 9 o'clock dia membebel sampai pukul 11.15 macamtu lepastu dia bawak pegi next room untuk LDK. Game dah best tapi perancangan dia memang thumb DOWN. Nak tunggu second break and lunch memang macam tunggul batu! Mana taknya, bayangkan  1 session ada dalam 17 groups and in 1 groups ada 10 above members. Game dia ada 1 je. 'Blind spot with members guide' and adalah mat-mat kacau nearer situ. Ada ke patut Fesi tu suruh one by one person/member do that game. Masatu dalam pukul 11. Balik pukul 2. Mana nak sempat Cik Speaking Berabuk oiii. Nak menunggu nye, mak aihh. Bosan kemain. Nasiblah ada Ustaz Aiman tu muka dahla handsome. Tenang je hati nengoknyer~ Ustaz pulak. Imam Muda. Rasanya dia form 3, 4 macamtu kot. Muda aje nampak?



Petang tu nasib agak menyebelahi aku sebab hujan renyai dan awan pun mendung so aktiviti rumah sukan dibatalkan. Kebelakangan ni cuaca tak menentu. Tengahari  tadi dilaporkan cuaca sangat terik. Tiba-tiba sahaja angin pula datang mendayu-dayu. Disusuli pula hujan rintik-rintik. Tak sekarang ni sejak bila pula aku jadi pengulas cuaca? K. 

Hati sekarang dah tenteram, alhamdulillah. Tapi still perlukan sokongan dan dorongan. Rindu Cikgu Tya :(  Dah bulan 6 nak masuk 7 dah ni. Rasa cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam masuk sekolah. Trial SPM will be on 29th of August 2012. Cuak jugak. Result PPT dahla macam hampeh. Failed manjang. Tapi Insya-ALLAH aku akan buat yang terbaik. Psychology punya pasal. Siap ah Aiman dengan Irham, korang lah yang menaikkan semangat aku. Lepas ph.D nanti aku punch gunalan sijil ph.D tu kat muka kau orang k. Ini dah deal awal-awal haritu. Untuk pengetahuan semua, beruk dua ekor ni lah yang memandang remah part minat mendalam aku pada psychology ni. Diorang ingat benda ni aci main baca hati orang. Apa ingat takde kerja lain ke aku nak suka? Tapi rasanya itu ego seorang lelaki yang rasa tercabar. Guwa paham luu orang, beb. Hahahahahahahaha, nampak permainan dia? Aku dah psycho kau orang xD
Kiri, Irham. Tengah, Aiman :)

Setakat ni je dulu laporan hidup pelbagai kisah di tahun 2012 ni. Lepas SPM nanti guwa free, tiap 2 minit guwa hapdet blog. Baru padan muka kau orang jenuh tgk post guwa je kat dashboard, kahkahkah! Saya akhiri post ini dengan mendoakan kau orang di luar sana supaya sabar dan tabah mengharungi cabaran dan dugaan di dunia yang sementara ini. Babai. Salam penuh kasih dan sayang dari YAYAH <33