BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 26, 2012

Sekali lagi...

Bismillahirahmannirahim.

Hai semua. Olla yaww. Hihi. Alhamdulillah sekarang dah hari raya ke-8. Ohya sebelum terlupa, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki ye.

Esok lusa, Selasa, will be my first trial of SPM 2012. Wahh, wish me luck k? Takut jugak. Sebab semua orang cakap result trial pun penting jugak kan. Hmm. InsyaALLAH saya cuba yang terbaik. Doakan saya tau :)
Apa khabar orang kampung yang berada di kampung nun? Manalah tahu tak habis raya lagi. Sihat ke? Hehe, saya kat sini sihat sejahtera je. Dah genap setahun saya dan Mr.Love 'berkawan' dan alhamdulillah persahabatan ini tak calarkan apa-apa. Cuma sehingga sekarang masing-masing belum memulakan sebarang teguran. Mungkin dalam proses 'suaikenal' sebagai kawan kot. And alhamdulillah jugak dah 2kali Aidilfitri kami sambut bersama. I mean, masih boleh bersua muka lah. Itu pun dah sangat menggembirakan hati ni. Takde lah saling membenci kan. Nice ey?
Ada hikmah atas setiap perkara yang terjadi kan. Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin ada baik buruknya sesuatu tu jadi, tapi kita tetap kena bersyukur dan sentiasa bersangka baik pada Dia. Haritu, belum pernah dalam sejarah terjumpa kat Jelawat. Boleh pula terjumpa, lagi sikit nak langgar dia. Nasib baik sempat perasan. Hm. Penat menelaah diri sendiri. Suka? Sayang? Atau CINTA? Sekali lagi? Bak kata Cik Pepatah, menilai 1000 orang lagi senang daripada menilai diri sendiri. Agak betul kat situ. Baik aku nilai buku-buku yang bertambun macam Lost World Of Tambun kat Ipoh nun. Lagi banyak pekdahnyer ye dop? 

Espiem nak dekat. Masing-masing dah ada cita-cita, dia dengan akuakultur dan aku dengan psikologi/kaunselor. Semoga awak berjaya kat KKJ sana. Itu yang awak idamkan selama ni kan. Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Biarlah awak tak tahu pun. Moga-moga awak tak lupakan saya... Salam sayang dari saya - Mrs.Love <3

Dan untuk semua, sampai sini je dulu post kali ni. Janji hapdet, kan? kehkehkeh. Teruskan membaca dan teruskan menyokong saya walaupun saya tak tahu, taknak sokong sudah, taknak kawan! Ahaha. Cukup hanya doa kalian yang mengiringi kehidupan saya, insyaALLAH. Syukran Jazilan. Jalan dulu. Babaiiii. Peace ;3






Sunday, July 22, 2012

Sabar itu separuh daripada iman :'>

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia. Smileee ^^
Alhamdulillah harini sudah hari ke-2 umat Islam di Malaysia yang mengamalkan Mazhab Syafie berpuasa. Mazhab lain mungkin awal sehari-dua? Apa pun, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan juga Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa makna yang cukup besar daripada Ramadhan sebelumnya. Amin (:
    Di bulan yang mulia ini, terkadang Allah S.W.T ingin sekali menguji hamba-Nya dengan memberi kesulitan menempuhi urusan duniawi. Kita sebagai hamba-Nya haruslah menanamkan sifat sabar dan hadapi segalanya dengan tenang. Kerana segala yang tidak sabar dan kelam-kabut itu adalah sifat Iblis Laknatullah. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan yang direjam.. Peliharalah aku dari segala sifat-sifat buruk.. Ya Rabbal Alamin, aku memohon, kuatkanlah hatiku untuk mengharungi ujian dan dugaan dari-Mu dengan penuh rasa sabar dan tabah.. Anugerahkanlah pahala yang telah Engkau janjikan.. Sesungguhnya Engkau benar-benar tidak memungkiri janji."

Subhanallah. Betapa kerdilnya kita disisi Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. Dengan izin Dia lah semua ini terjadi dan kepada Dia lah tempat kita meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan lah hatiku pada agama-Mu. Kuatkan lah hatiku untuk terus sabar dan bersabar.. Bukan senang kan, nak menilai diri sendiri. Terkadang tu rasa macam orang lain lebih kenal diri kita daripada kita kenal diri sendiri. Dah puas aku menatap dan mencari dimana salahnya dalam persahabatan ni. Tercalar kerana hadirnya seorang lelaki. Apakah maksud semua ini, Ya Allah? Ujian? Balasan? Ataupun hikmah disebalik kejadian yang Engkau turunkan? Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Dah jenuh juga aku mengingati mengapa semua ini terjadi. Lelah juga rasa hati mengenangkan semua ini. Pedih dan sakit. Jika semua sahabatku lari kerana perubahan diriku, jika masalah selalu menghimpit hati ini, jika aku berasa diriku keseorangan dan kesunyian, jika aku merasa tiada seorang pun yang dapat memahami diriku, jika aku rasa lemah tanpa sokongan, tidak mengapa, kerana aku masih dan sentiasa ada Allah S.W.T bersamaku (:



Apa yang aku cari? Mencari kebenaran. Kebenaran yang menyakitkan. Menyakitkan hati dan perasaanku. Ya Allah, betapa lemah diriku ini...
Betul, aku mencari kebenaran. Aku taktahu dari siapa semua ni mula, and yes if from me, i'm so sorry. Harap semua dapat pulih macam dulu.. insyaALLAH kalau Dia benarkan :'|

Friday, June 29, 2012

17 tahun 5 bulan :)

Assalamualaikum. Olla bloggers. Hai friends. Hello readers. Peace haters. Love Mr. Perfect. Hihi :3  
Haaa, sudah 4 bulan dan sampai sekarang alhamdulillah dah boleh tanggalkan sedikit perasaan aku kat dia. Bukan senang tau nak lupakan orang yang kita betul-betul sayang. Patutnya dah boleh berbangga, ceh! Hahaha. Terasa macam baru sebulan yang lepas zaman kawan-kawan dulu. Dan bila cinta...  Muahahaha Kdiam. Alhamdulillah jugak sebab sampai ke hari ini aku still bernafas dan genap umur aku 17 tahun 5 bulan. Muda lagi k?



Fuhh, masih terasa kepenatan semalam yang dari pagi sampai ke petang tapi nasibku baik, tak bersambung sampai ke malam. Full diary. Kursus Kepimpinan (6 a.m - 3 p.m) lepastu sambung latihan rumah sukan (3 p.m - 5 p.m) so malam tu bolehlah restt. Mujur lah 'Cik Peah' belum habis. Tu yang bedal pukul 8 dah tido. Penat gila. Tapi yang pasti kursus tak best langsung! 9 o'clock dia membebel sampai pukul 11.15 macamtu lepastu dia bawak pegi next room untuk LDK. Game dah best tapi perancangan dia memang thumb DOWN. Nak tunggu second break and lunch memang macam tunggul batu! Mana taknya, bayangkan  1 session ada dalam 17 groups and in 1 groups ada 10 above members. Game dia ada 1 je. 'Blind spot with members guide' and adalah mat-mat kacau nearer situ. Ada ke patut Fesi tu suruh one by one person/member do that game. Masatu dalam pukul 11. Balik pukul 2. Mana nak sempat Cik Speaking Berabuk oiii. Nak menunggu nye, mak aihh. Bosan kemain. Nasiblah ada Ustaz Aiman tu muka dahla handsome. Tenang je hati nengoknyer~ Ustaz pulak. Imam Muda. Rasanya dia form 3, 4 macamtu kot. Muda aje nampak?



Petang tu nasib agak menyebelahi aku sebab hujan renyai dan awan pun mendung so aktiviti rumah sukan dibatalkan. Kebelakangan ni cuaca tak menentu. Tengahari  tadi dilaporkan cuaca sangat terik. Tiba-tiba sahaja angin pula datang mendayu-dayu. Disusuli pula hujan rintik-rintik. Tak sekarang ni sejak bila pula aku jadi pengulas cuaca? K. 

Hati sekarang dah tenteram, alhamdulillah. Tapi still perlukan sokongan dan dorongan. Rindu Cikgu Tya :(  Dah bulan 6 nak masuk 7 dah ni. Rasa cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam masuk sekolah. Trial SPM will be on 29th of August 2012. Cuak jugak. Result PPT dahla macam hampeh. Failed manjang. Tapi Insya-ALLAH aku akan buat yang terbaik. Psychology punya pasal. Siap ah Aiman dengan Irham, korang lah yang menaikkan semangat aku. Lepas ph.D nanti aku punch gunalan sijil ph.D tu kat muka kau orang k. Ini dah deal awal-awal haritu. Untuk pengetahuan semua, beruk dua ekor ni lah yang memandang remah part minat mendalam aku pada psychology ni. Diorang ingat benda ni aci main baca hati orang. Apa ingat takde kerja lain ke aku nak suka? Tapi rasanya itu ego seorang lelaki yang rasa tercabar. Guwa paham luu orang, beb. Hahahahahahahaha, nampak permainan dia? Aku dah psycho kau orang xD
Kiri, Irham. Tengah, Aiman :)

Setakat ni je dulu laporan hidup pelbagai kisah di tahun 2012 ni. Lepas SPM nanti guwa free, tiap 2 minit guwa hapdet blog. Baru padan muka kau orang jenuh tgk post guwa je kat dashboard, kahkahkah! Saya akhiri post ini dengan mendoakan kau orang di luar sana supaya sabar dan tabah mengharungi cabaran dan dugaan di dunia yang sementara ini. Babai. Salam penuh kasih dan sayang dari YAYAH <33

Thursday, April 19, 2012

Let bygone, be bygone (:

”..Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang belum pasti milikmu ..”
  •  Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lainnya akan terbuka. Tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sampai kita dah tak nampak ada pintu kebahagiaan lain yang telah pun terbuka untuk kita. Apa yang kita harapkan, tidak semua menjadi kenyataan. Terima takdir ILAHI dengan hati yang tulus. Mungkin ada rahmatNya atau hikmah disebalik kejadian.


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang (: 
"Kalau org dah taknak , tak baik dikejar-kejar :) Kan lebih baik kalau lepaskan orang tu dgn hati yg terbuka. Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Buruk sangat perangai tu kalau selalu mintak simpati dekat orang. Belajar terima hakikat kan lebih bagus :D"
Lepas aku baca ayat atas tu, baru aku sedar yang selama ni aku macam minta simpati kat orang sekeliling aku atas pemergian 'dia' dari sisi hidup aku. Aku terasa sangatt kehilangan dia. Aku tahu mungkin dah tiba masanya untuk Allah uji aku, sejauh mana aku boleh bersabar menerima kehilangan ni. Yelah, selama ni aku asyik happy gelak ketawa tak ingat dunia. Time ni pulak laa nak kena bersyukur. Hmm :'/

"Ya Allah, dan bila dia bukan untukku, bila dia bukan jodohku, maka berilah ganti yang lebih baik buatnya dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Bantulah aku menjalani hari, bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan, agar dapat ku pujuk hati ini . . Peliharalah aku dari perasaan kecewa dan sedih. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan tiap-tiap perkara yang terjadi."
Salahku, mencintai dirinya saat jauh ku terpisah darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Mencintainya, hatiku menginginkannya,
Hingga runtuh setiaku pada dirimu.

Ku sakiti hatimu yang tulus MENCINTAIKU . . .


Maaf, ku tak bisa memilih dirimu,
Kerna ku terlanjur mencintai dia,
Inilah salahku yang memberi ruang,
Didalam hatiku untuk mencintainya.


Bagiku, dia adalah SESUATU YANG BERBEZA
•ℒℴνℯ

.